Mulai 16 April 2018 (Isnin) kita boleh buat semakan terperinci tempat mengundi untuk PRU14.

Maklumat terperinci lokasi nama sekolah tempat kita membuang undi akan dipaparkan dengan hanya memasukkan No. Kad Pengenalan sahaja.

SEMAK DAFTAR PEMILIH & TEMPAT MENGUNDI UNTUK PILIHANRAYA UMUM 14 (PRU14)

[infobox style=”alert-success”]

Sila klik link di bawah untuk menyemak tempat mengundi anda:
http://pengundi.spr.gov.my

[/infobox]

Selain semakan online, pemilih juga boleh membuat semakan lokasi pusat mengundi dengan:

  • Memuat turun aplikasi mudah alih MySPR Semak di Apple Store dan Google Play
  • Menghubungi talian 03-88927018
  • Menghantar SMS ke 15888
        Taip SPR SEMAK <NO.IC> dan hantar ke 15888
    -atau-
        Taip SPR <NO.IC> dan hantar ke 15888

Tunaikanlah tanggungjawab anda kepada negara dengan mengundi bagi yang telah cukup umur 21 tahun. Namun bagi pengundi yang baru sahaja mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2018, anda sebenarnya tidak layak mengundi lagi. Ini kerana SPR hanya meluluskan pendaftaran pemilih sehingga suku ke-4 tahun 2017 yang merangkumi seramai 14,940,624 orang pemilih berdaftar.

Jumpa anda pada hari Rabu, 9 Mei 2018 nanti.

Satu Undi Satu Suara.

Selamat Mengundi!