Langgan newsletter kami!
Sultan Ismail Petra (Kelantan)

Sultan Ismail Petra Mangkat

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan jam 8.11 pagi ini, 28 September 2019.

Almarhum ialah ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Menurut laporan portal berita Astro Awani, berita kemangkatan Almarhum disahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob secara langsung di Astro Awani sebentar tadi.

Menurut Datuk Ahmad Yakob, jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir.

“Dijangka istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan” katanya dalam hantaran yang dibuat kira-kira pukul 9 pagi ini.

Susulan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra, kerajaan negeri mengumumkan Ahad, 29 September dan Isnin, 30 September sebagai cuti peristiwa di Kelantan.

Almarhum baginda sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana mengalami strok pada 14 Mei 2009.

Kerajaan Negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel bagi memeriksa tahap kesihatan baginda.

Pada 25 Mei 2009, Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan ekoran Sultan Ismail Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22a (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bahagian kedua.

Sumber: Astro Awani

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: