Langgan newsletter kami!
Islamic Wallpaper Gambar Masjid

Sahabat Membawa ke Syurga

Mencari seorang sahabat baik bukanlah mudah. Seorang sahabat baik, bukan sahaja bersama kita di kala gembira, namun dia sentiasa ada di sisi, sama ada ketika suka, duka, susah mahupun senang. Sahabat yang berhati mulia akan membawa kita ke jalan Allah. Sebab itu, sejak dari kecil lagi ibu dan bapa kita telah berpesan supaya bergaul dengan teman-teman yang boleh membawa ke arah kebaikan.

Rasulullah bersabda, “Seseorang itu adalah berdasarkan agama sahabatnya, maka perhatikan seseorang itu siapakah sahabatnya.”

Anda sebenarnya tahu dan boleh menilai sendiri melalui cerminan sahabat yang baik atau sebaliknya. Carilah sahabat yang boleh menegur apabila kita lalai. Carilah sahabat yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Carilah sahabat yang sanggup bersusah payah, berbakti untuk agama dan beribadah kerana Allah. Pendek kata, sahabat yang boleh membawa kita ke syurga.

Hak persahabatan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda SAW dengan Saidina Jibril AS ketika Isra’ wal Mikraj (pengajaran dari peristiwa Isra’ Mikraj Rasulullah صلى الله عليه وسلم) :

  1. Memberitahu kebaikan atau kelebihan sahabat kepada sahabat lain ketika pertama kali mereka bertemu (dengan niat bukan menyindir dan sebagainya).
  2. Menerangkan kelebihan atau kemuliaan sesuatu dengan harapan dapat mengambil manfaat bersama.
  3. Menerima kelebihan sahabat jika mengetahui kedudukan sahabat.
  4. Tidak mencemburui sebarang kelebihan sahabatnya tetapi sedaya upaya cuba untuk mencontohinya.
  5. Sekiranya berlaku pra-sangka tak baik (su’ul dzon), maka carilah 70 uzur/alasan untuk tidak membenarkannya dan jika tidak menjumpai uzur itu, maka nisbah pra-sangka itu terhadap diri sendiri.
  6. Memanggil nama sahabat seperti yang dinamakan oleh ibubapanya. Boleh juga dengan gelaran yang baik yang digemarinya, bukan dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.
  7. Saling berpesan, menasihati dan menunjuki kepada kebaikan.

“Isilah waktu kekosongan dengan perkara yang bermanfaat. Carilah teman dan sahabat yang mengingatkan kita kepada kebaikan.. kerana teman ini mempengaruhi dalaman diri kita sendiri.”

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: