2 Doa Yang Paling Kerap Dibaca Oleh Nabi Muhammad SAW

Gambar Muslim Sedang Berdoa

Doa adalah satu ibadah menzahirkan keberhajatan seseorang hamba kepada Allah SWT. Ia juga diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul.

Berikut adalah dua doa yang kerap dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW iaitu:

Doa Nabi Muhammad SAW

1) Doa “Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah”
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Bacaan Rumi: Rabbana aatinaa fid dunya hasanah Wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘azaaban naar

Maksud:

“Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksa api neraka.” (QS. al-Baqarah: 201)

Hadis diriwayatkan daripada Anas R.A, beliau berkata:

“Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

– Riwayat al-Bukhari (6389) dan Muslim (7016)

Imam Muslim menambah dalam riwayatnya yang bermaksud:

“Apabila Anas hendak berdoa dengan satu doa, maka dia berdoa dengan doa tersebut. Apabila dia hendak berdoa dengan banyak doa, maka dia menyertakan doa tersebut di dalamnya.”

2. Doa Ya Muqallib Al-Qulub
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Bacaan Rumi: Ya Muqallibal Qulub Thabbit Qalbi A’la Diinik

Maksud: “Wahai Tuhan yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-Mu.”

Hadis yang diriwayatkan daripada Syahr bin Hausyab, katanya

“Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah SAW yang paling banyak apabila Baginda SAW di sisi engkau?” Beliau menjawab: “Doa Baginda SAW yang paling banyak adalah: (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) – “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” – Ummu Salamah berkata: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa: “يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”. Lalu Baginda SAW menjawab: “Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya.”

– Riwayat Imam Ahmad (26618) dan al-Tirmizi (3522)

Rujukan: Mufti WP

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Doa Majlis Pertunangan
Bertunang adalah adat masyarakat Melayu di Malaysia. Konsep pertunangan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu
Doa Majlis Perkahwinan
Berikut adalah doa majlis perkahwinan yang boleh digunakan bagi mendoakan pasangan suami isteri
Maksud Sanah Helwah & Syafakallah
Orang Melayu memang suka meniru perkataan dalam bahasa Arab. Bahkan frasa yang simple
Kelebihan Zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar”
Rasulullah SAW bersabda: “Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana

Leave a reply "2 Doa Yang Paling Kerap Dibaca Oleh Nabi Muhammad SAW"